Terdapat empat pembahagian air:
- Suci lagi menyucikan
- Suci lagi menyucikan tetapi makruh
- Suci tetapi tidak menyucikan
- Bernajis
1. Air yang suci lagi menyucikan
Ianya merujuk kepada jenis air yang masih kekal sifatnya seperti asal kejadiannya. Keadaan air tersebut dianggap suci lagi menyucikan walaupun keruh disebabkan bercampur tanah, dibiarkan dalam keadaan yang lama ataupun terdapat tuhlub iaitu seperti tumbuhan kiambang di atas permukaan air.
Contohnya:
- Air Hujan
- Air Laut
- Air Perigi
- Air Sungai
- Air Mata Air
- Air Salji
Kesemua air ini boleh dibuat bersuci didalam syariat Islam.
2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi hukumnya makruh
Ianya dikenali sebagai air musyammas. Ia merujuk kepada air yang panas disebabkan terdedah kepada cahaya matahari. Namun ianya hanya tertakluk kepada beberapa keadaan:
- Berlaku di negeri yang panas seperti benua Arab
- Menggunakan bekas yang boleh berkarat seperti besi.
- Digunakan pada badan manusia atau haiwan dan akan menyebabkan penyakit sopak.
Air ini boleh digunakan untuk bersuci tetapi hukumnya makruh.
3. Air yang suci tetapi tidak menyucikan
Ia merujuk kepada dua jenis air iaitu:
- Air Mustamal
Iaitu air yang telah digunakan untuk bersuci yang wajib seperti mandi wajib dan wuduk.
- Air Mutaghayyir
Iaitu air yang bercampur dengan sesuatu yang kebiasaanya air tersebut tidak berhajat kepadanya dan ianya mustahil untuk dipisahkan keduanya. Contohnya seperti air teh dan air kopi. Air Mutaghayyir tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci.
4. Air Mutanajis
Ia merujuk kepada air yang telah terjatuh najis ke dalamnya. Terdapat dua jenis air mutanajis:
- Air yang kurang dari dua kolah
Air tersebut menjadi najis apabila terjatuh najis di dalamnya walaupun tidak berubah warna, rasa dan bau air tersebut.
- Air yang mencukupi dua kolah atau lebih
Rasulullah ï·º bersabda:
إذا كان الماء قلتين لم ÙŠØÙ…Ù„ الخبث
Maksudnya: Jika air itu sebanyak dua kolah, ia tidak menanggung kotoran.
Apabila najis terjatuh ke dalam air ini, ia tidak menjadi najis selagi mana tidak berubah air tersebut dari segi warna, rasa dan bau. Apabila telah menjadi air mutanajis, maka ia tidak boleh digunakan untuk bersuci.

0 Comments